Kelas Bimbingan Dewasa (KBD)
KBD adalah pengajian Islam separuh masa yang menawarkan modul-modul asas untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak berpeluang melalui pembelajaran agama secara formal.
Matlamat Program
Program ini menekankan aspek kefahaman dan penghayatan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Dengan mengikuti program ini, mereka dapat mengetahui secara menyeluruh dasar-dasar agama dan memahami dengan lebih jelas ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian.
Syarat Kemasukan
-
Program ini dibuka kepada semua yang berusia 17 tahun ke atas.
-
Peserta tidak perlu mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang formal untuk menyertai program ini.
Musim Pengajian
-
Program akan diadakan secara bermodul selama 2 tahun. Setiap modul mengambil masa selama 12 minggu.
-
Pembelajaran berlangsung seminggu sekali dalam masa 1 jam 15 minit.
Penggal 1 : Jan - Mac (13 Minggu)
-
Minggu Pengajian : 12 minggu
-
Modul 1 : 12 minggu
-
Cuti : 1 minggu
Penggal 3 : Jul - Sep (13 Minggu)
-
Minggu Pengajian : 12 minggu
-
Modul 3 : 12 minggu
-
Cuti : 1 minggu
Penggal 2 : Apr -Jun (13 Minggu)
-
Minggu Pengajian : 12 minggu
-
Modul 2 : 12 minggu
-
Cuti : 2 minggu
Penggal 4 : Okt - Dis (13 Minggu)
-
Minggu Pengajian : 12 minggu
-
Modul 4 : 12 minggu
-
Cuti : 2 minggu
-
Terdapat dua modul yang akan digantikan dengan sesi Kuliah dalam setahun.
Matapelajaran
-
Aqidah
-
Thoharah
-
Solat & Solat Lanjutan
-
Puasa
-
Zakat
-
Sirah Nabawiyah
-
Tafsir
-
Al-Azkar (doa-doa dan zikir harian)
Buku Rujukan
Buku boleh didapatkan di shop.darulandalus.com
​
Buku-buku yang akan digunakan bagi program ini ialah Buku Teks KBR 1 hingga 4 dan beberapa buku yang disarankan sebagai bacaan tambahan untuk peserta.
Penilaian & Sijil
Sistem Penilaian
​
Tiada peperiksaan sepanjang pengajian. Peserta akan dinilai berdasarkan kehadiran serta penyertaan di dalam kelas dan Kuliah KBD.
​
Penganugerahan Sijil
​
Peserta akan dianugerahkan sijil penyertaan jika berjaya memenuhi syarat-syarat berikut :
-
Menamatkan 8 modul dalam jangkamasa tidak lebih dari 3 tahun.
-
Memenuhi 80% kadar kehadiran bagi setiap modul.
-
Mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah.
-
Pengesahan dari Jabatan Akademik.
-
Telah melunaskan yuran.
Yuran
-
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $20.00 dan dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $48 sebulan.
-
Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.